Description
🧠 Apa Itu Gluten?
Ok jom kita mula dengan soalan paling penting — Apa itu gluten?
Gluten ni sebenarnya sejenis protein yang ada dalam gandum, barli dan rai.
Dia yang bagi doh tu liat dan kenyal. Bayangkan ianya melekat dalam dinding usus dan sistem pencernaan kita!
—
✨ Sejarah Makanan Masyarakat Nusantara
Sebenarnya, kalau kita tengok sejarah pemakanan orang kita dulu-dulu — nenek moyang kita di Nusantara ni tak makan gandum pun ya!
Makanan utama orang Melayu, Jawa, Bugis, dan lain-lain bangsa serantau ni dulu adalah:
Nasi, ubi kayu, keledek, keladi
Tepung pulut, tepung beras, sagu — bukan tepung gandum
Gandum hanya mula popular selepas penjajahan dan pengaruh luar.
Tapi sekarang kita dah terlalu biasa dengan roti, kek, biskut gandum — sedangkan bukan itu makanan asal kita pun.
Tambahan pula gandum dipasaran kini sudah di ubah genetiknya bagi mengaut keuntungan berganda. Perkara ini mengganggu sistem usus serta hormon kita.
Sebab tu ramai orang sekarang alami masalah usus, kembung, lesu, — sebab badan kita sebenarnya tak biasa dengan gluten dari gandum secara semula jadi.
Masalah berpunca dari perut ni yang boleh trigger penyakit lain macam Anxiety, Eczema & Gerd.
Jadi bila kita pilih tepung bebas gluten, kita sebenarnya kembali kepada cara pemakanan asal kita — lebih semula jadi, lebih serasi dengan tubuh badan kita serta lebih sihat.
—
❌Kenapa Orang Elak Gluten?
Ada orang tak boleh makan gluten. Badan mereka tak boleh hadam gluten dengan baik. Ini biasanya berlaku kepada:
- Orang yang ada penyakit Celiac
- Orang yang ada intoleransi gluten
- Ataupun sesiapa yang rasa perut cepat kembung, sakit perut atau lesu lepas makan makanan berasaskan gandum.
—
✅ Kebaikan Makanan Bebas Gluten
Makanan bebas gluten ni bukan untuk orang yang ada masalah je.
Ramai juga yang pilih makanan bebas gluten sebab:
- Kurang kembung & tak rasa berat perut
- Sistem penghadaman lebih lancar
- Usus & perut lebih sihat seterusnya mampu berfungsi menyerap nutrien & zat makanan lebih sempurna
- Badan rasa lebih ringan & bertenaga
- Dan boleh bantu kawal keradangan dalam badan
—
🧁 Apa Resipi Boleh Guna Tepung Bebas Gluten Ni?
Ha ni part paling best! Tepung bebas gluten kita ni boleh guna untuk macam-macam resipi:
- Kek pisang bebas gluten 🍌
- Roti homemade bebas gluten 🍞
- Ayam, sotong atau cendawan celup tepung 🍗
- Kuih raya macam almond London, biskut dahlia
- Atau buat pancake & waffle untuk sarapan!
Teksturnya lembut, senang dibakar, dan paling penting — rasa dia pun sedap!
—
💢 Penggunaan xanthan gum atau psyllium husk dalam resepi bebas gluten adalah penting, sebab tepung bebas gluten tiada gluten , yang biasanya bantu hasilkan tekstur kenyal dan pegang bentuk adunan (binder).
❓ Bila Perlu Guna Xanthan Gum atau Psyllium Husk dengan Tepung Bebas Gluten?
Gluten bertindak sebagai pengikat dan struktur dalam doh atau adunan. Bila tiada gluten, makanan jadi mudah rapuh, hancur atau tak naik elok.
Jadi kita ganti fungsi gluten dengan bahan seperti:
✔️Xanthan gum (untuk kek & biskut)
✔️Psyllium husk (sesuai untuk roti atau doh berat)
—
📌 Cara penggunaan binder:
1. Nak buat roti, bun, pizza dough atau pastri
✔ Perlu struktur yang pejal & kenyal
→ Guna *psyllium husk* (1–2 sudu besar / 250g tepung)
2. Buat kek atau muffin
✔ Nak pastikan kek tak hancur & lembut
→ Guna *xanthan gum* (½ sudu kecil – cukup untuk satu kek)
3. Biskut atau tart shell
✔ Boleh tambah *xanthan gum* untuk elak mudah patah
→ Biasanya ¼ – ½ sudu kecil sudah cukup
—
🚫 Tak Perlu Binder Bila:
Jika resepi dah guna campuran tepung bebas gluten siap dengan bahan pengikat (binder).
(Contoh: Tepung premix bebas gluten dengan bahan tambahan).
🥚✔️Untuk resipi ringkas seperti lempeng, cucur, celup tepung atau jemput-jemput. Hanya perlu tambah TELUR.
—
Siapa Sesuai Guna Tepung Ni?
Tepung bebas gluten ni sesuai untuk:
- Orang dewasa & warga emas
- Kanak-kanak yang ada alahan
- Bayi yang sudah mula makan solid food
- Ibu yang sedang cari pilihan sihat untuk keluarga
- Homebaker yang nak tawarkan kek & biskut bebas gluten untuk pelanggan
—
Kelebihan Tepung Bebas Gluten Merket
Okey, sekarang kita cerita sikit pasal produk ni!
✔ 100% bebas gluten
✔ Bebas GMO
✔ Diproses khas dalam persekitaran yang bersih untuk elak pencemaran silang
✔ Sesuai untuk baking dan masakan harian
✔ Didatangkan dalam pek tebal bagi menjaga mutu serta jangka hayat produk.











Anonymous (store manager) –
Received in good condition. Well packed.